Jemputan ke Majlis Taklimat Kumpulan 6 Darussyifa Pulau Pinang
Assalamualaikum
Majlis taklimat untuk kumpulan 6 Darussyifa Pulau Pinang akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Surau Attaqwa Tmn Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh: 19/12/15 (SABTU)
Masa : 10 pg
Pakaian: Yang bersesuaian
Sila bawa gambar ukuran pasport
1) Gambar berkupiah putih - muslimin
2) Gambar bertudung putih - muslimat
3) Salinan kad pengenalan
serta yuran pendaftaran sebanyak RM250
Kepada yang masih belum berdaftar dan berminat untuk menyertai kursus ini, boleh mendaftar pada hari tersebut dengan membawa dokumen seperti di atas.
PENGAMBILAN PELATIH BARU SESI 2016/17
NOTIS MESYUARAT TAHUNAN DARUSSYIFA' PULAU PINANG
Pengarah dan seluruh ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa' Negeri Pulau Pinang menjemput dan mempersilakan seluruh ahli PKPI Darussyifa' Pulau Pinang untuk menghadirkan diri. Di antara agenda :
MAJLIS TAKLIMAT UNTUK PELATIH BARU KUMPULAN-5 DARUSSYIFA' PULAU PINANG BAGI SESSI 2015/16
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada semua muslimin muslimat yang telah berdaftar untuk mengikuti kelas pengajian kumpulan 5, anda dijemput ke majlis taklimat untuk majlis perasmian yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Maklumat taklimat adalah seperti berikut:
Tempat : Surau Attaqwa Taman Bertam Indah
Tarikh : 15/02/15
Masa : 3.00 ptg
Pakaian : Yang bersesuaian
Sila bawa gambar ukuran pasport berkopiah putih bagi muslimin dan bertudung putih bagi muslimat beserta dengan yuran pendaftaran sebanyak RM250 sahaja.
Kepada sesiapa yang berminat tetapi belum mendaftar juga dijemput untuk hadir kerana masih ada lagi sedikit kekosongan dan kaunter pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1) Us Ruzihan 019-5583477
2) Us Suhairi 019-4456456
3) Us Khairul 019-4440702
Peta ke Surau Attaqwa Taman Bertam Indah
https://www.google.com/maps/d/u/0/edit?mid=z9g0w9YschuQ.klKyKhREgBXQ
PENGAMBILAN BARU PELATIH DARUSSYIFA PULAU PINANG SESSI 2014/15
Alhamdulillah... Darussyifa' Pulau Pinang telah membuka pendaftaran bagi peserta baru yang ingin mengikuti Kursus Pengubatan Islam anjuran Darussyifa' dan seterusnya menjadi Pelatih Generasi Ke-5 Darussyifa' Pulau Pinang. Seperti kebiasaannya tempoh kursus adalah selama setahun di mana program kursus melibatkan pengisian ilmu yang berupa santapan rohani, ilmu perubatan islam, latihan praktikal rawatan dan sebagainya.

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN DARUSSYIFA NEGERI PULAU PINANG
Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa' Negeri Pulau Pinang menjemput dan mempersilakan seluruh ahli PKPI Darussyifa' Pulau Pinang untuk menghadirkan diri. Di antara agenda :
11.30 mlm Bersurai.
•100 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat hadiah misteri.
•Kpd ahli yg tidak terima SMS, sila sahkan kehadiran anda dengan menaip "HADIR" ke 019-4440702 sebelum 20/05/14 jam 12 tgh hari utk bancian makanan.
Semoga tautan ukhuwwah islamiyyah terjalin erat.....
MAJLIS PERASMIAN PELATIH BARU DARUSSYIFA PULAU PINANG DAN PERAK SESSI 2013 - 2014
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Pelatih Baru Darussyifa Pulau Pinang ambilan ke - 4 dengan gabungan pelatih baru dari Perak akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 22/12/2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : An Nahdhoh Inn,
Kg Petani, Kubang Semang,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Etika pakaian pelatih adalah seperti berikut:
Pelatih Muslimin => Baju / Jubah putih berlengan panjang, kopiah putih dan seluar slack hitam
Pelatih Muslimat => Jubah hitam dan bertudung putih.
Sila bawa resit bayaran pendaftaran untuk tuntutan buku.
Bagi peserta yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian pada hari tersebut. Penyertaan masih dibuka untuk sesiapa yang berminat.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Us Hairi 017-4429942
Us Suhairi 019-4456456
Us Khairul 019-4440702
Peta Lokasi
Pautan di Google Map : LINK
Taklimat Majlis Perasmian Ambilan ke-4
Assalamualaikum...
Kepada semua pelatih yang telah berdaftar untuk mengikuti kelas pengajian kumpulan 4, anda dijemput ke majlis taklimat untuk majlis perasmian yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Taklimat ini akan disampaikan oleh Pengerusi Darussyifa Malaysia, Tn Hj Abdul Rahman Ahmad. Maklumat taklimat adalah seperti berikut:
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas (ILP)
Tarikh : 05/10/2013
Masa : 1.45 ptg
Pakaian : Yang bersesuaian
Kepada sesiapa yang berminat tetapi belum mendaftar juga dijemput untuk hadir kerana masih ada lagi sedikit kekosongan dan kaunter pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1) Us Hairi 017-4429942
2) Us Suhairi 019-4456456
3) Us Khairul 019-4440702
MAJLIS HARI RAYA & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
- 100 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat hadiah misteri.
- Pakaian bertemakan sambutan AIDILFITRI.
- Kpd ahli yg tidak terima SMS, sila sahkan kehadiran anda dengan menaip "HADIR" ke 019-4440702 sebelum 23/08/13 jam 12 tgh hari utk bancian makanan.
Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Pulau Pinang
Alhamdulillah... Darussyifa' Pulau Pinang akhirnya telah memulakan proses pendaftaran bagi Peserta baru yang ingin mengikuti Kursus Pengubatan Islam anjuran Darussyifa' dan seterusnya menjadi Pelatih Generasi Ke-4 Darussyifa' Pulau Pinang. Seperti kebiasaannya tempoh kursus adalah selama setahun di mana program kursus melibatkan pengisian ilmu yang berupa santapan rohani, ilmu perubatan islam, latihan praktikal rawatan dan sebagainya.
SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA

| Tarikh | 7hb Januari 2012 (Sabtu) |
| Masa | 8:00 pagi hingga 4:00 petang |
| Tempat | Dewan Nik Mahyudin Musa Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan |
Semua Perawat-Perawat Darussyifa' Seluruh Malaysia Diwajibkan Hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Dr. Abdullah Yusuf (013-6720840).
Terdapat 2 pembentangan dan 1 amanat TG selain pengijazahan ketiga² ruqyah dan bai`ah sepanjang simposium ini. Tentatif aturcara sudah siap cuma untuk disahkan saja sebelum masuk dlm info. Para perawat dikehendaki memberi nama dan nombor ahli masing² kepada ketua² pusat rawatan/cawangan dan dihantar kepada Ustaz Mohd Halim untuk difailkan. Hanya yg memberi maklumat lengkap boleh mendaftar diri serta diberikan sijil penyertaan.
Bagi perawat² yang berdaftar di Pusat Rawatan Darussyifa' Pulau Pinang, pihak urusetia sedang dalam proses menyediakan khidmat pengangkutan (bas). Sila hubungi Ustaz Sahrul Nizan Bin Husin (Kapten) 012-6429142 untuk mendaftarkan nama anda. Kos pengankutan masih belum diputuskan (bergantung kepada bilangan peserta).
Perkembangan Terkini Tuan Guru
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...semakin sihat.
TGUH minta balik awal.....perlu mengajar Fiqh Manhaj di Annur
katanya....(khamis mlm jumaat)
Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa Pulau Pinang Kumpulan-3

Kuliah ke-2 untuk pelatih kumpulan-3 akan diadakan pada hari Sabtu, 10 hb Disember 2011 jam 1.30 petang. Sila hadir awal untuk majlis zikir pada jam 12 tengah hari. Pastikan etika pemakaian dipatuhi. Sebarang persoalan, sila hubungi Ust Khairul 0194440702.
Sessi Pendaftaran Pelajar Generasi Ketiga

Setiap pelajar yang ingin mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' wajib menghadiri sessi ini.. tarikh perasmian Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din akan dimaklumkan pada hari berkenaan..
Kepada pelajar baru yang akan mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa', AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan tuan/puan dan amat berbesar hati atas hasrat tuan/puan untuk sama-sama menimba ilmu perubatan islam bagi memenuhi tuntutan ugama yang hampir dilupakan.. Bagi pihak ahli Darussyifa' secara umumnya dan AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang secara khususnya, kami ucapkan "Ribuan Terima Kasih dan Selamat Datang".
Ziarah Ustaz Marzuqi Bin Ishak
Sebelum pulang, Ustaz Taufik selaku wakil Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah memberi sedikit sumbangan daripada persatuan sebagai menghargai jasa Ustaz Marzuqi dalam menggerakkan persatuan dan klinik. Marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH agar Ustaz Marzuqi segera sembuh dan dapat meneruskan tugas beliau seperti sebelumnya.
Perasmian Kuliah Pengajian Pelajar Generasi Kedua

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kurang sihat pada hari berkenaan tetap menghadiri majlis perasmian dan memberikan kuliah awal demi meraikan pelajar-pelajar generasi baru Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang. Sayu rasa hati apabila melihat kegigihan Tuan Guru dalam mencurahkan ilmu yang diamanahkan kepada beliau tanpa mengambil kira kepentingan diri.
Kuliah Perubatan Darussyifa' Cawangan Bertam
PENGUMUMAN PENTING!!!
KELAS PERUBATAN DARUSSYIFA' KINI
KEMBALI KE BERTAM, PULAU PINANG.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!

Permohonan untuk mengikuti Kelas Perubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam, Kumpulan Kedua bagi sessi 2010/2011 kini dibuka untuk sesiapa yang berminat. Sessi taklimat telah diadakan di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari sabtu 27hb Februari 2010, jam 8.00 pagi.
Taklimat bersama Pengerusi Darussyifa' Malaysia akan diadakan pada 13hb Mac 2010. Mereka-mereka yang berminat masih boleh menyertai kursus Pengubatan Islam ini, sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 10hb Mac 2010. Sila sahkan penyertaan anda dengan menghantar SMS nama serta no kad pengenalan anda kepada:-
1. Ustaz Mairag Bin Saad (H/P: 016-4323101)
2. Saudara Megat Fauzi Bin Mohamad (H/P: 012-5564406)
3. Ustaz Alrizuady Bin Abdul Rahman (H/P: 013-4881020)
4. Ustaz Taufik Bin Mohamad Husin @ Hussain (H/P: 013-4281978)
Anda boleh download borang permohonan dengan klik di sini. Sila hadir perjumpaan dengan Tuan Pengerusi Darussyifa' Malaysia pada tarikh 13hb Mac 2010 dan jangan lupa untuk bawa bersama anda gambar berukuran passport sebanyak 2 keping.
Tempat adalah terhad.
















