Perasmian Kuliah Pengajian Pelajar Generasi Kedua

Alhamdulillah... Akhirnya Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah berjaya juga mendaftarkan pelajar-pelajar bagi mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam untuk sessi 2010/2011. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sendiri telah sudi memberikan kuliah awal tentang Ilmu Perubatan Islam dan seterusnya memberikan keizinan kepada pelajar-pelajar untuk mula beramal dengan "Ruqyah Asas Pengubatan Islam" Darussyifa'. "Ruqyah Asas Pengubatan Islam" ini merupakan komponen ayat "Ruqyah" terbaru bagi mengantikan "Ruqyah" sebelumnya yang lebih dikenali sebagai "Asas Sepuluh Pertama" dan "Asas Sepuluh Kedua".


Inilah pelajar generasi kedua bagi Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang, yang telah diberikan amanah untuk mendalami Ilmu Perubatan Islam, beramal dengannya dan seterusnya mengembangkan ilmu tersebut untuk manfaat umat islam secara keseluruhannya. Segala penat lelah AJK yang terlibat dalam memastikan kesinambungan kelas pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa', di Cawangan Pulau Pinang telah terbayar dengan kelancaran sessi pendaftaran pelajar-pelajar berkenaan.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kurang sihat pada hari berkenaan tetap menghadiri majlis perasmian dan memberikan kuliah awal demi meraikan pelajar-pelajar generasi baru Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang. Sayu rasa hati apabila melihat kegigihan Tuan Guru dalam mencurahkan ilmu yang diamanahkan kepada beliau tanpa mengambil kira kepentingan diri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika ada...