Ziarah Ustaz Marzuqi Bin Ishak


Pada hari Rabu, 26hb Oktober 2011 sempena sambutan cuti umum, satu rombongan kecil Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah menziarahi Timbalan Pengerusi Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang, Ustaz Marzuqi Bin Ishak di rumah beliau di Pinang Tunggal. Rombongan Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang ini terdiri daripada 7 orang perawat dengan diketuai oleh Pengerusi Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang, Ustaz Taufik Bin Mohamad Husin @ Hussain. Delegasi ini hadir atas saranan Ustaz Haji Marzuki Haji Ahmad sebelumnya. Pemberi saranan tak hadir... mungkin terdapat sebab² yang tak dapat dielakkan... hehehe :)

Bagi yang ter"miss" info.. Ustaz Marzuqi Bin Ishak sebelum ini, telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan belakang beliau apabila terlibat dengan insiden jatuh dari pokok rambutan pada 30hb Julai 2011 dan terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk memasukkan "besi". Ustaz Marzuqi sudah semakin sembuh dan sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Rombongan Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah menikmati juadah ringan yang disediakan hinggakan ada yang berkali minta tambah "air teh" lagi. Ishhh.. buat malu betul la budak ni...

Sebelum pulang, Ustaz Taufik selaku wakil Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah memberi sedikit sumbangan daripada persatuan sebagai menghargai jasa Ustaz Marzuqi dalam menggerakkan persatuan dan klinik. Marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH agar Ustaz Marzuqi segera sembuh dan dapat meneruskan tugas beliau seperti sebelumnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika ada...