Sessi Pendaftaran Pelajar Generasi Ketiga


Secara rasminya, maka diumumkan di sini.. Majlis Pendaftaran dan Taklimat Pelajar baru bagi mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' untuk sessi 2011/2012 akan diadakan pada 26hb November 2011 di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas.. Majlis akan bermula tepat pada jam 10.00 pagi untuk sessi pendaftaran pelajar dan diikuti dengan sessi taklimat oleh AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang.. Setiap pelajar baru dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM250.00 sahaja.. bayaran buku pengajian & peralatan pengajian..

Setiap pelajar yang ingin mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' wajib menghadiri sessi ini.. tarikh perasmian Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din akan dimaklumkan pada hari berkenaan..

Teringat balik masa mula² daftar sebagai pelajar baru.. ramainya ustaz².. kita nie, ngaji sekolah biasa je.. rasa jauh terpinggir.. tapi, bila dah mula belajar dan kenal kawan².. rasa ada satu kedekatan.. masing² mula berkongsi pengetahuan dan pengalaman.. sedar tak sedar dah 3 tahun masa berlalu.. peristiwa pahit manis.. ragam pesakit.. masalah peribadi.. semuanya banyak mematangkan kita.. Syukur yang tak terhingga kerana dipertemukan ALLAH kepada satu jemaah yang memberikan ruang untuk menunaikan amanah atas ilmu yang dipelajari..

Kepada pelajar baru yang akan mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa', AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan tuan/puan dan amat berbesar hati atas hasrat tuan/puan untuk sama-sama menimba ilmu perubatan islam bagi memenuhi tuntutan ugama yang hampir dilupakan.. Bagi pihak ahli Darussyifa' secara umumnya dan AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang secara khususnya, kami ucapkan "Ribuan Terima Kasih dan Selamat Datang".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika ada...