PENGAMBILAN BARU PELATIH DARUSSYIFA PULAU PINANG SESSI 2014/15



Alhamdulillah... Darussyifa' Pulau Pinang telah membuka pendaftaran bagi peserta baru yang ingin mengikuti Kursus Pengubatan Islam anjuran Darussyifa' dan seterusnya menjadi Pelatih Generasi Ke-5 Darussyifa' Pulau Pinang. Seperti kebiasaannya tempoh kursus adalah selama setahun di mana program kursus melibatkan pengisian ilmu yang berupa santapan rohani, ilmu perubatan islam, latihan praktikal rawatan dan sebagainya.


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM800.00. Untuk pendaftan peserta baru perlu membayar sekurang-kurangnya RM250.00, sebagai pembayaran untuk item pengajian yang terdiri daripada kitab-kitab pengajian dan sebagainya. Untuk mengikuti kelas pengajian, sila masukkan maklumat anda di borang penyertaan di bawah.

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN DARUSSYIFA NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN






PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA, DARUSSYIFA

NEGERI PULAU PINANG

DEWAN MPC, KEPALA BATAS

SABTU 31HB MEI 2014


Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,


Pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa' Negeri Pulau Pinang menjemput dan mempersilakan seluruh ahli PKPI Darussyifa' Pulau Pinang untuk menghadirkan diri. Di antara agenda :

AGENDA :
9.00 mlm           Pendaftaran ahli persatuan.
9.30 mlm           Ucapan pengerusi majlis.
9.40 mlm           Ucapan alu-aluan Pengerusi PKPI DSPP
9.55 mlm           Ucapan perasmian
Ucapan dan taklimat pengerusi mesyuarat agung (Ustaz Afnan Hamimi)
                         Pembentangan minit mesyuarat DSPP kali ke 3
                         Pembentangan Laporan Aktiviti DSPP berakhir Disember 2013
                         Pembentangan Penyata Kewangan DSPP berakhir Disember 2013
                         Cadangan dan usul untuk dibahaskan.
                         Ucapan penangguhan.
                         Bacaan doa.
11.30 mlm      Bersurai.


Catatan :

•100 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat hadiah misteri.

•Kpd ahli yg tidak terima SMS, sila sahkan kehadiran anda dengan menaip "HADIR" ke 019-4440702 sebelum 20/05/14 jam 12 tgh hari utk bancian makanan.


Semoga tautan ukhuwwah islamiyyah terjalin erat.....