Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam



Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian, Bertam Kepala Batas pada hari sabtu 21hb November 2009. Seramai 121 orang pelajar telah terpilih untuk diijazahkan dengan ilmu perubatan Islam oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr Haron Din. Semoga dengan terlaksananya majlis pengijazahan ini akan memberikan rangsangan dan semangat baru kepada penerima-penerima ijazah untuk bergiat secara lebih aktif dalam perubatan islam. Bersama-samalah kita memartabatkan ilmu perubatan islam melalui jalinan jemaah yang telah sedia dibentuk ini.

Sebelum itu, disebelah paginya satu seminar perubatan islam telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr Haron Din secara terbuka kepada setiap golongan masyarakat yang berminat. Yang Berbahagia Tuan Guru juga telah sudi menjawab soalan-soalan yang diajukan, yang rata-ratanya soalan-soalan ini berkisar kepada persoalan alam ghaib dan makhluk halus.

Uniknya, Seminar Perubatan Islam serta Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam ini adalah diianjurkan sendiri oleh Ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri di kalangan pelajar-pelajar yang menerima ijazah pada hari berkenaan. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada wakil Darussyifa' Kamunting yang turut sama membantu menjayakan majlis pengijazahan berkenaa. Tidak lupa juga, diucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zawawi (Imam Besar Masjid At-taqwa) kerana bertungkus-lumus memimpin bacaan Asas 10 untuk diperdengarkan di hadapan Yang Berbahagia Tuan Guru.

Sebahagian gambar Majlis Pengijazahan (klik untuk besarkan)