SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA




Tarikh7hb Januari 2012 (Sabtu)
Masa8:00 pagi hingga 4:00 petang
TempatDewan Nik Mahyudin Musa
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam
Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Semua Perawat-Perawat Darussyifa' Seluruh Malaysia Diwajibkan Hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Dr. Abdullah Yusuf (013-6720840).

Terdapat 2 pembentangan dan 1 amanat TG selain pengijazahan ketiga² ruqyah dan bai`ah sepanjang simposium ini. Tentatif aturcara sudah siap cuma untuk disahkan saja sebelum masuk dlm info. Para perawat dikehendaki memberi nama dan nombor ahli masing² kepada ketua² pusat rawatan/cawangan dan dihantar kepada Ustaz Mohd Halim untuk difailkan. Hanya yg memberi maklumat lengkap boleh mendaftar diri serta diberikan sijil penyertaan.

Bagi perawat² yang berdaftar di Pusat Rawatan Darussyifa' Pulau Pinang, pihak urusetia sedang dalam proses menyediakan khidmat pengangkutan (bas). Sila hubungi Ustaz Sahrul Nizan Bin Husin (Kapten) 012-6429142 untuk mendaftarkan nama anda. Kos pengankutan masih belum diputuskan (bergantung kepada bilangan peserta).


Perkembangan Terkini Tuan Guru

Terkini 13/12/2011 - 04:08pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...semakin sihat.
TGUH minta balik awal.....perlu mengajar Fiqh Manhaj di Annur
katanya....(khamis mlm jumaat)











Email di atas merupakan kiriman Dr Huda melalui Email Group ahli...


Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa Pulau Pinang Kumpulan-3



Assalamualaikum wbt

Kuliah ke-2 untuk pelatih kumpulan-3 akan diadakan pada hari Sabtu, 10 hb Disember 2011 jam 1.30 petang. Sila hadir awal untuk majlis zikir pada jam 12 tengah hari. Pastikan etika pemakaian dipatuhi. Sebarang persoalan, sila hubungi Ust Khairul 0194440702.


Sessi Pendaftaran Pelajar Generasi Ketiga


Secara rasminya, maka diumumkan di sini.. Majlis Pendaftaran dan Taklimat Pelajar baru bagi mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' untuk sessi 2011/2012 akan diadakan pada 26hb November 2011 di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas.. Majlis akan bermula tepat pada jam 10.00 pagi untuk sessi pendaftaran pelajar dan diikuti dengan sessi taklimat oleh AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang.. Setiap pelajar baru dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM250.00 sahaja.. bayaran buku pengajian & peralatan pengajian..

Setiap pelajar yang ingin mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' wajib menghadiri sessi ini.. tarikh perasmian Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa' oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din akan dimaklumkan pada hari berkenaan..

Teringat balik masa mula² daftar sebagai pelajar baru.. ramainya ustaz².. kita nie, ngaji sekolah biasa je.. rasa jauh terpinggir.. tapi, bila dah mula belajar dan kenal kawan².. rasa ada satu kedekatan.. masing² mula berkongsi pengetahuan dan pengalaman.. sedar tak sedar dah 3 tahun masa berlalu.. peristiwa pahit manis.. ragam pesakit.. masalah peribadi.. semuanya banyak mematangkan kita.. Syukur yang tak terhingga kerana dipertemukan ALLAH kepada satu jemaah yang memberikan ruang untuk menunaikan amanah atas ilmu yang dipelajari..

Kepada pelajar baru yang akan mengikuti Kursus Pengajian Ilmu Perubatan Islam Darussyifa', AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan tuan/puan dan amat berbesar hati atas hasrat tuan/puan untuk sama-sama menimba ilmu perubatan islam bagi memenuhi tuntutan ugama yang hampir dilupakan.. Bagi pihak ahli Darussyifa' secara umumnya dan AJK Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang secara khususnya, kami ucapkan "Ribuan Terima Kasih dan Selamat Datang".


Ziarah Ustaz Marzuqi Bin Ishak


Pada hari Rabu, 26hb Oktober 2011 sempena sambutan cuti umum, satu rombongan kecil Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah menziarahi Timbalan Pengerusi Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang, Ustaz Marzuqi Bin Ishak di rumah beliau di Pinang Tunggal. Rombongan Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang ini terdiri daripada 7 orang perawat dengan diketuai oleh Pengerusi Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang, Ustaz Taufik Bin Mohamad Husin @ Hussain. Delegasi ini hadir atas saranan Ustaz Haji Marzuki Haji Ahmad sebelumnya. Pemberi saranan tak hadir... mungkin terdapat sebab² yang tak dapat dielakkan... hehehe :)

Bagi yang ter"miss" info.. Ustaz Marzuqi Bin Ishak sebelum ini, telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan belakang beliau apabila terlibat dengan insiden jatuh dari pokok rambutan pada 30hb Julai 2011 dan terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk memasukkan "besi". Ustaz Marzuqi sudah semakin sembuh dan sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Rombongan Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah menikmati juadah ringan yang disediakan hinggakan ada yang berkali minta tambah "air teh" lagi. Ishhh.. buat malu betul la budak ni...

Sebelum pulang, Ustaz Taufik selaku wakil Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang telah memberi sedikit sumbangan daripada persatuan sebagai menghargai jasa Ustaz Marzuqi dalam menggerakkan persatuan dan klinik. Marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH agar Ustaz Marzuqi segera sembuh dan dapat meneruskan tugas beliau seperti sebelumnya.