Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kurang sihat pada hari berkenaan tetap menghadiri majlis perasmian dan memberikan kuliah awal demi meraikan pelajar-pelajar generasi baru Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang. Sayu rasa hati apabila melihat kegigihan Tuan Guru dalam mencurahkan ilmu yang diamanahkan kepada beliau tanpa mengambil kira kepentingan diri.
Perasmian Kuliah Pengajian Pelajar Generasi Kedua
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kurang sihat pada hari berkenaan tetap menghadiri majlis perasmian dan memberikan kuliah awal demi meraikan pelajar-pelajar generasi baru Darussyifa' Cawangan Pulau Pinang. Sayu rasa hati apabila melihat kegigihan Tuan Guru dalam mencurahkan ilmu yang diamanahkan kepada beliau tanpa mengambil kira kepentingan diri.
Kuliah Perubatan Darussyifa' Cawangan Bertam
PENGUMUMAN PENTING!!!
KELAS PERUBATAN DARUSSYIFA' KINI
KEMBALI KE BERTAM, PULAU PINANG.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!
Permohonan untuk mengikuti Kelas Perubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam, Kumpulan Kedua bagi sessi 2010/2011 kini dibuka untuk sesiapa yang berminat. Sessi taklimat telah diadakan di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari sabtu 27hb Februari 2010, jam 8.00 pagi.
Taklimat bersama Pengerusi Darussyifa' Malaysia akan diadakan pada 13hb Mac 2010. Mereka-mereka yang berminat masih boleh menyertai kursus Pengubatan Islam ini, sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 10hb Mac 2010. Sila sahkan penyertaan anda dengan menghantar SMS nama serta no kad pengenalan anda kepada:-
1. Ustaz Mairag Bin Saad (H/P: 016-4323101)
2. Saudara Megat Fauzi Bin Mohamad (H/P: 012-5564406)
3. Ustaz Alrizuady Bin Abdul Rahman (H/P: 013-4881020)
4. Ustaz Taufik Bin Mohamad Husin @ Hussain (H/P: 013-4281978)
Anda boleh download borang permohonan dengan klik di sini. Sila hadir perjumpaan dengan Tuan Pengerusi Darussyifa' Malaysia pada tarikh 13hb Mac 2010 dan jangan lupa untuk bawa bersama anda gambar berukuran passport sebanyak 2 keping.
Tempat adalah terhad.
MESYUARAT AJK DARUSSYIFA’ CAWANGAN BERTAM 2010
MESYUARAT AJK PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ CAWANGAN BERTAM 2010
oleh : Darussyifa' Cawangan Bertam
Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 17hb Februari 2010 bertempat di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah jam 9:30 malam. khasnya untuk menyusun ahli jawatankuasa Darussyifa' Cawangan Bertam disamping mengemaskini aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan yang mana termasuk program Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam Kumpulan Kedua. Hasil daripada mesyuarat yang dijalankan maka satu ketetapan telah diputuskan kepada keperluan menyusun senarai ahli jawatankuasa berdasarkan kepada senarai Jawatankuasa yang wujud di peringkat pusat. Akhirnya secara sebulat suara, mesyuarat telah memutuskan senarai ahli jawatankuasa bagi Darussyifa' Cawangan Bertam untuk tahun 2010 adalah seperti berikut:-
1. | Penasihat | Ustaz Abdul Rahim bin Mohd Noor |
Ustaz Zulkifli bin Zainon | ||
2. | Pengerusi | Ustaz Hj. Rosidi bin Hussain |
(Ketua JK Penyelidikan dan Pembangunan) | ||
3. | Timb. Pengerusi 1 | Ustaz AlRizuady bin Abdul Rahman |
(Ketua JK Disiplin dan Tatatertib) | ||
4. | Timb. Pengerusi 2 | Ustaz Khairil Anuar b. Muhamad |
5. | Setiausaha | Ustaz Taufik b. Mohamad Husin |
6. | Setiausaha Kerja | Ustaz Fadzlee b. Daie |
7. | Bendahari | Ustaz Megat Fauzi bin Mohamad |
8. | Ketua JK Klinik | Ustaz Nasrul b. Sapar |
9. | Ketua JK Pengambilan, Latihan dan Konvokesyen | Ustaz Mairag b. Saad |
10 | Ketua JK Kebajikan dan Hal Ehwal Muslimat | Ustazah Norhai bt. Mat Shik |
11. | Ketua Jawatankuasa Tugas Tugas Khas | Ustaz Rahmat b. Hussain |
12. | Jawatankuasa tanpa potfolio | Ustaz Abd Moin b. Hasim |
Ustaz Ahmad Zawawi b. Mohd Ali | ||
Ustaz Azmi b. Abdul Hamid | ||
Ustaz Johari b. Senawi | ||
Ustaz Mohamad Rizal b. Md Akhir | ||
Ustaz Mohammad Suhaimi Azyze b. Mustapha Azyze | ||
Ustaz Mohd Salmi b. Hashim | ||
Ustaz Naziri b. Desa | ||
Ustaz Soid b. Mohd Amin | ||
Ustaz Zulkifly b. Abdul Muthalib | ||
Ustazah Mardziah bt. Zakaria |
Gerak kerja Program Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam Kumpulan Kedua juga telah ditetapkan seperti berikut :-
Taklimat (J/kuasa cawangan) | 27 / 2 / 2010 |
Pertemuan dengan AJK pusat | 13 / 3 / 2010 |
Majlis Perasmian | 28 / 3 / 2010 |
Pusat Rawatan Darussyifa' Malaysia
Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak tunjukkan suasana disekitar Pusat Rawatan Darussyifa Bangi terutamanya pada hari Selasa. Tokngah pernah mendengar Tn. Guru Dr. Haron Din berkata, daripada dulu sampai sekarang hatinya tak tenteram melihat pesakit yang menunggu untuk dirawat olehnya. Macam mana nak tenteram kalau pukul 2 pagi sudah beratur untuk mendapatkan nombor. Kebetulan rumahnya pula bersebelahan dengan pusat rawatan. Pesakit yang dirawat olehnya hanya dihadkan selama 200 orang sahaja iaitu dari pukul 7.00-12.00 tengahari. Manakala selebihnya akan dirawat oleh AJK. Kalau nak dikira pengunjung pada hari tersebut ialah sekitar 800 orang. Mari kita lihat foto di bawah: