Pusat Rawatan Darussyifa' Malaysia

Laporan : Tokngah@blogspot.com

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak tunjukkan suasana disekitar Pusat Rawatan Darussyifa Bangi terutamanya pada hari Selasa. Tokngah pernah mendengar Tn. Guru Dr. Haron Din berkata, daripada dulu sampai sekarang hatinya tak tenteram melihat pesakit yang menunggu untuk dirawat olehnya. Macam mana nak tenteram kalau pukul 2 pagi sudah beratur untuk mendapatkan nombor. Kebetulan rumahnya pula bersebelahan dengan pusat rawatan. Pesakit yang dirawat olehnya hanya dihadkan selama 200 orang sahaja iaitu dari pukul 7.00-12.00 tengahari. Manakala selebihnya akan dirawat oleh AJK. Kalau nak dikira pengunjung pada hari tersebut ialah sekitar 800 orang. Mari kita lihat foto di bawah:

Beginilah keadaan ketika masuk waktu subuh. Pesakit begitu tekun untuk menunggu untuk mendapatkan nombor giliran.

Pesakit yang menunggu di kaunter depan Pusat Rawatan.

Biasanya sebelum memulakan rawatan Tn.Guru mendoakan dan meniup setiap air yang diletakkan di atas meja. Sekurang-kurangnya pesakit yang tak dapat berjumpa dengannya berpuas hati kerana air yang dibawa telah didoakan sendiri oleh Tn. Guru.

Di sinilah tempat Tn. Guru merawat pada setiap hari Selasa.

Kelihatan Tn. Guru sedang merawat pesakit.

Inilah bilik ICU di Pusat Rawatan Darussyifa'. Biasanya pesakit yang mandrem (mengamuk) akan diletakkan di sini sebelum dirawat oleh Tn. Guru. Lagipun bilik ini kedap bunyi. Nak menjerit sekuat mana pun tak apa. Kelihatan tilam diletakkan di tepi dinding. Bukannya apa.. takut pesakit ini menghentakkan kepala kat dinding. Masa tu bukannya pesakit sedar semuanya dirasuk oleh makhluk halus.

Kelihatan Tn. Guru menyampaikan kuliah perubatan kepada pelajar-pelajar Darussyifa. Di sinilah kadang-kadang tokngah mendengar pesanan dan amanah yang disampaikan oleh Tn. Guru.

Kami perawat juga ada membawa air dalam majlis tersebut untuk didoakan oleh Tn. Guru. Air ini adalah untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Akhir sekali tokngah nak berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan perawat supaya sentiasa ingat pesanan Tn. Guru iaitu sentiasa ikhlas dalam merawat setiap pesakit.Itulah senjata utama setiap perawat. Tn. Guru berkata bila kita merawat secara ikhlas cahaya putih akan mengalir dalam hati kita. Sebab itulah kalau kita perasan makhluk halus tak berani nak lihat muka kita kerana dia tak dapat nak lihat cahaya berkilauan di hati kita.Itulah senjata utama sebagai perawat. Insyaallah. Wallahua'lam

Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam



Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian, Bertam Kepala Batas pada hari sabtu 21hb November 2009. Seramai 121 orang pelajar telah terpilih untuk diijazahkan dengan ilmu perubatan Islam oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr Haron Din. Semoga dengan terlaksananya majlis pengijazahan ini akan memberikan rangsangan dan semangat baru kepada penerima-penerima ijazah untuk bergiat secara lebih aktif dalam perubatan islam. Bersama-samalah kita memartabatkan ilmu perubatan islam melalui jalinan jemaah yang telah sedia dibentuk ini.

Sebelum itu, disebelah paginya satu seminar perubatan islam telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr Haron Din secara terbuka kepada setiap golongan masyarakat yang berminat. Yang Berbahagia Tuan Guru juga telah sudi menjawab soalan-soalan yang diajukan, yang rata-ratanya soalan-soalan ini berkisar kepada persoalan alam ghaib dan makhluk halus.

Uniknya, Seminar Perubatan Islam serta Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Pertama Cawangan Bertam ini adalah diianjurkan sendiri oleh Ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri di kalangan pelajar-pelajar yang menerima ijazah pada hari berkenaan. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada wakil Darussyifa' Kamunting yang turut sama membantu menjayakan majlis pengijazahan berkenaa. Tidak lupa juga, diucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zawawi (Imam Besar Masjid At-taqwa) kerana bertungkus-lumus memimpin bacaan Asas 10 untuk diperdengarkan di hadapan Yang Berbahagia Tuan Guru.

Sebahagian gambar Majlis Pengijazahan (klik untuk besarkan)




 



Laman Rakaman Kuliah Pengajian



Laman rakaman kuliah pengajian ini hanya dikhaskan untuk pelatih yang mengikuti kelas pengajian Darussyifa' Pulau Pinang. Pelatih perlu terlebih dahulu mendaftar dengan urusetia pengendali kursus dan memberikan maklumat Email bagi memperolehi akses ke laman rakaman kuliah.

Maklumat rakaman hanya untuk kegunaan pelatih sahaja dan bukan untuk disebarkan. Pelatih diingatkan supaya sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam mengendalikan maklumat rakaman.

Sila klik Link di bawah untuk akses ke laman Rakaman Kuliah :-

Rakaman Kuliah - Kumpulan Satu

Rakaman Kuliah - Kumpulan Dua