Majlis Perasmian Kumpulan Pertama Cawangan Darussyifa' Bertam



Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Pertama
Darussyifa' Bahagian Utara Cawangan Bertam Pulau Pinang
Di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah Kepala Batas
Pada 15hb. November 2008 - (Laporan oleh: Ustaz Zaki Ya)

Pada jam 8:00 pagi, 15hb. November 2008 kaunter pendaftaran dibuka kepada semua peserta kursus. Seramai 151 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada 138 orang pelajar muslimin dan 13 orang pelajar muslimat. Setelah selesai mendaftarkan diri, semua pelajar berkumpul di dalam Surau At-Taqwa untuk melakukan solat sunat Dhuha, Bacaan Yaasin dan Zikir  yang dipimpin oleh Ustaz  Zulkifli bin Zainon.

Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah,
Kepala Batas, Pulau Pinang


Rombongan daripada Darussyifa' Pusat  yang diketuai oleh pengerusinya Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad dan Ahli Jawatan Kuasa , telah sampai ke Surau Al-Taqwa kira-kira pada pukul 9:30 pagi. Kedatangan mereka disambut oleh Ahli Jawatan Kuasa Darussyifa' Cawangan Kamunting. Rombongan dari Darussyifa' Pusat ini tiba daripada Kuala Terengganu.

Pada jam 10.30 pagi,  semua pelajar berada dalam surau untuk mendengar taklimat dan pesanan  ringkas daripada Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad Pengerusi Darussyifa' Pusat. Antaranya ialah penegasan tentang disiplin , pemakaian yang sesuai sebagai pelatih, berkopiah putih dan juga tentang ketepatan masa. Taklimat ringkas ini selesai pada jam 10:40 pagi.


Ketibaan Ybhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
di Surau At-Taqwa


YBhg. Tuan Guru  Dato' Dr. Haron Din tiba di Surau At-Taqwa pada jam 10:45 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Pengerusi  Darussyifa' Pusat  dan ahli rombongan serta Pengerusi Darussyifa' Cawangan Kamunting dan Ahli Jawatan Kuasanya.

Setelah Tuan Guru mengambil tempat di dalam surau, majlis terus dimulakan dengan lafaz ikrar pelajar-pelajar baru Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' di hadapan YBhg Tuan Guru. Lafaz ikrar pelajar diketuai oleh saudara  Rosidi bin Hussain.


Lafaz Ikrar Pelajar Kumpulan Pertama
Darussyifa' Cawangan Bertam


Selepas selesai lafaz ikrar, pengerusi majlis menjemput Ustaz Abdul Rahim iaitu pengerusi pengelola kursus untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan  tersebut Ustaz Abdul Rahim mengalu-alukan kedatangan YBhg Tuan Guru  dan menceritakan idea untuk mengadakan kursus ini . Antaranya  ialah kerana sampai saat ini masih belum ada satu pun cawangan Klinik Pengubatan Islam Darussyifa' yang beroperasi di negeri Pulau Pinang. Dalam ucapan itu , beliau juga mengumumkan pembukaan Klinik Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam  yang akan beroperasi di surau  Al-Taqwa Taman Bertam Indah pada malam Sabtu bermula jam 8.30 malam sehingga jam 11.00 malam setiap minggu.


Tuan Guru Menyampaikan Amanat Kepada Pelajar


Selepas ucapan aluan daripada pengerusi pengelola, pengerusi majlis menjemput YBhg Tuan Guru  Dato' Dr. Haron Din untuk menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan pembukaan Kursus Pengubatan Islam Bahagian Utara Cawangan Bertam. Dalam ucapannya TBhg Tuan Guru  menyatakan kesyukurannya kepada Allah kerana diberi keizinan dan kelapangan oleh Allah SWT untuk menghadiri majlis tersebut. Beliau  juga melahirkan rasa suka dan gembira kerana satu lagi Kursus Pengubatan Islam yang diasaskan olehnya dapat dijalankan di bahagian utara ini. Dalam ucapan perasmian ini juga YBhg Tuan Guru  menjelaskan antaranya :

1. Konsep Pengubatan Islam iaitu kesembuhan hanya daripada Allah, kita hanya berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
2. Status Pengubatan Islam dari pandangan penduduk dunia
3. Sistem Pengubatan yang diamalkan oleh manusia di dunia.
4. Sistem Pengubatan yang diamalkan oleh Nabi dan para Sahabat.
5. Hadith-hadith Nabi tentang Pengubatan Islam.
6. Hadith Nabi tentang harus ambil upah selepas rawatan.
7. Tiga belas Hadith Nabi berkenaan kaedah rawatan dan cara merawat dalam Islam

Sebelum melafazkan ucapan perasmian YBhg Tuan Guru mengajar Bacaan Asas 10 kepada para pelatih baru secara talaqi dan seterusnya mengijazahkan Bacaan Asas 10 ini untuk diamalkan oleh semua pelatih dengan pesanan agar membacanya dengan sempurna mengikut makhraj dan tajwid yang betul sebelum menghafalnya.

Tepat jam 1.15 ptg  Ybg. Tuan Guru  melafazkan perasmian pembukaan kursus Pengubatan Islam Bahagian Utara Cawangan Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Majlis di Surau At-Taqwa bersurai selepas Solat Zohor berjamaah pada jam 1:30 ptg.

Atur Cara Majlis yang lengkap adalah seperti berikut:-


08:00pg ~ 08:30pgPendaftaran Pelatih baru
08:30pg ~ 09:30pgSolat sunat Dhuha , bacaan surah yaasin dan zikir
09:30pg ~ 10:30pgRehat dan minum pagi
10:30pg  ~ 10:40pgAmanat dan Nasihat daripada Pengerusi Darussyifa' Pusat
10:45pg ~ 10:50pgKetibaan Ybg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Ikrar Pelatih
10:50pg ~ 11:00pgUcapan Pengerusi Majlis
11:00pg ~ 11:10pgUcapan Pengerusi Pengelola Kursus  Ustaz Abdul Rahim Mohd. Noor
11:10pg ~ 01:10tghUcapan Perasmian Ybg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
01:15tgh ~ 01:30tghSolat  Zohor dan bersurai

Selepas majlis di Surau At-Taqwa, Ybhg Tuan Guru berserta rombongan daripada Darussyifa’ Pusat menikmati jamuan makan tengahari di Rumah rehat yang berhampiran.


Gambar Sekitar Majlis Perasmian Kuliah Pertama Kumpulan Pertama Darussyifa' Cawangan Bertam


Pelajar Mengisi Borang Ikrar


Ucapan & Taklimat Pengerusi Darussyifa' Pusat Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad

Menyambut Ketibaan Tuan Guru


Melafazkan Ikrar Pelajar di hadapan Tuan Guru


Ucapan Pengerusi Majlis
Ustaz Zulkifli bin Zainon

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Pengelola Kursus
Ustaz Abdul Rahim


Tuan Guru Menyampaikan Bacaan Asas 10


Pelajar Darussyifa' Bertam Menerima Bacaan Asas 10

Lagi Pelajar Darussyifa' Bertam Menerima Bacaan Asas 10


Bersalaman dengan Tuan Guru Selepas Solat Zohor


Lagi Bersalaman dengan Tuan Guru Selepas Solat Zohor

Menikmati Jamuan Makan Tengahari


Lagi Menikmati Jamuan Makan Tengahari


Bergambar kenangan di hadapan rumah rehat

Untuk Rujukan Darussyifa' Cawangan Bertam:

Darussyifa' Cawangan Bertam
Surau At-Taqwa,
Taman Bertam Indah,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Waktu Rawatan:
Setiap Jumaat : 8:30 malam hingga 12:30 malam

Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi;
1. Ustaz Nasrul bin Sapar (H/P: 019-4765277)
2. Saudara Megat Fauzi Bin Mohamad (H/P: 012-5564406)
3. Ustaz Rahmat Bin Hussain (H/P: 012-4861624)
4. Ustaz Mairag Bin Saad (H/P: 016-4323101)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika ada...