Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Pulau Pinang


Alhamdulillah... Darussyifa' Pulau Pinang akhirnya telah memulakan proses pendaftaran bagi Peserta baru yang ingin mengikuti Kursus Pengubatan Islam anjuran Darussyifa' dan seterusnya menjadi Pelatih Generasi Ke-4 Darussyifa' Pulau Pinang. Seperti kebiasaannya tempoh kursus adalah selama setahun di mana program kursus melibatkan pengisian ilmu yang berupa santapan rohani, ilmu perubatan islam, latihan praktikal rawatan dan sebagainya.


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM800.00. Untuk pendaftan peserta baru perlu membayar sekurang-kurangnya RM250.00, sebagai pembayaran untuk item pengajian yang terdiri daripada kitab-kitab pengajian dan sebagainya. Untuk mengikuti kelas pengajian, sila masukkan maklumat anda di borang penyertaan di bawah.




Sepanjang bulan Ramadhan ini, pusat rawatan islam Darussyifa` Bertam akan beroperasi pada setiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.


SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA




Tarikh7hb Januari 2012 (Sabtu)
Masa8:00 pagi hingga 4:00 petang
TempatDewan Nik Mahyudin Musa
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam
Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Semua Perawat-Perawat Darussyifa' Seluruh Malaysia Diwajibkan Hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Dr. Abdullah Yusuf (013-6720840).

Terdapat 2 pembentangan dan 1 amanat TG selain pengijazahan ketiga² ruqyah dan bai`ah sepanjang simposium ini. Tentatif aturcara sudah siap cuma untuk disahkan saja sebelum masuk dlm info. Para perawat dikehendaki memberi nama dan nombor ahli masing² kepada ketua² pusat rawatan/cawangan dan dihantar kepada Ustaz Mohd Halim untuk difailkan. Hanya yg memberi maklumat lengkap boleh mendaftar diri serta diberikan sijil penyertaan.

Bagi perawat² yang berdaftar di Pusat Rawatan Darussyifa' Pulau Pinang, pihak urusetia sedang dalam proses menyediakan khidmat pengangkutan (bas). Sila hubungi Ustaz Sahrul Nizan Bin Husin (Kapten) 012-6429142 untuk mendaftarkan nama anda. Kos pengankutan masih belum diputuskan (bergantung kepada bilangan peserta).