Kuliah Perubatan Darussyifa' Cawangan Bertam

PENGUMUMAN PENTING!!!

KELAS PERUBATAN DARUSSYIFA' KINI
KEMBALI KE BERTAM, PULAU PINANG.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!

Permohonan untuk mengikuti Kelas Perubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam, Kumpulan Kedua bagi sessi 2010/2011 kini dibuka untuk sesiapa yang berminat. Sessi taklimat telah diadakan di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari sabtu 27hb Februari 2010, jam 8.00 pagi.

Taklimat bersama Pengerusi Darussyifa' Malaysia akan diadakan pada 13hb Mac 2010. Mereka-mereka yang berminat masih boleh menyertai kursus Pengubatan Islam ini, sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 10hb Mac 2010. Sila sahkan penyertaan anda dengan menghantar SMS nama serta no kad pengenalan anda kepada:-

1. Ustaz Mairag Bin Saad (H/P: 016-4323101)
2. Saudara Megat Fauzi Bin Mohamad (H/P: 012-5564406)
3. Ustaz Alrizuady Bin Abdul Rahman (H/P: 013-4881020)
4. Ustaz Taufik Bin Mohamad Husin @ Hussain (H/P: 013-4281978)

Anda boleh download borang permohonan dengan klik di sini. Sila hadir perjumpaan dengan Tuan Pengerusi Darussyifa' Malaysia pada tarikh 13hb Mac 2010 dan jangan lupa untuk bawa bersama anda gambar berukuran passport sebanyak 2 keping.

Tempat adalah terhad.

MESYUARAT AJK DARUSSYIFA’ CAWANGAN BERTAM 2010

MESYUARAT AJK PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ CAWANGAN BERTAM 2010

oleh : Darussyifa' Cawangan Bertam

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 17hb Februari 2010 bertempat di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah jam 9:30 malam. khasnya untuk menyusun ahli jawatankuasa Darussyifa' Cawangan Bertam disamping mengemaskini aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan yang mana termasuk program Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam Kumpulan Kedua. Hasil daripada mesyuarat yang dijalankan maka satu ketetapan telah diputuskan kepada keperluan menyusun senarai ahli jawatankuasa berdasarkan kepada senarai Jawatankuasa yang wujud di peringkat pusat. Akhirnya secara sebulat suara, mesyuarat telah memutuskan senarai ahli jawatankuasa bagi Darussyifa' Cawangan Bertam untuk tahun 2010 adalah seperti berikut:-



1.PenasihatUstaz Abdul Rahim bin Mohd Noor
  Ustaz Zulkifli bin Zainon
2.PengerusiUstaz Hj. Rosidi bin Hussain
 (Ketua JK Penyelidikan dan Pembangunan) 
3.Timb. Pengerusi 1Ustaz AlRizuady bin Abdul Rahman
 (Ketua JK Disiplin dan Tatatertib) 
4.Timb. Pengerusi 2Ustaz Khairil Anuar b. Muhamad
5.SetiausahaUstaz Taufik b. Mohamad Husin
6.Setiausaha KerjaUstaz Fadzlee b. Daie
7.BendahariUstaz Megat Fauzi bin Mohamad
8.Ketua JK KlinikUstaz Nasrul b. Sapar
9.Ketua JK Pengambilan, Latihan dan KonvokesyenUstaz Mairag b. Saad
10Ketua JK Kebajikan dan Hal Ehwal MuslimatUstazah Norhai bt. Mat Shik
11.Ketua Jawatankuasa Tugas Tugas KhasUstaz Rahmat b. Hussain
12.Jawatankuasa tanpa potfolioUstaz Abd Moin b. Hasim
  Ustaz Ahmad Zawawi b. Mohd Ali
  Ustaz Azmi b. Abdul Hamid
  Ustaz Johari b. Senawi
  Ustaz Mohamad Rizal b. Md Akhir
  Ustaz Mohammad Suhaimi Azyze b. Mustapha Azyze
  Ustaz Mohd Salmi b. Hashim
  

Ustaz Naziri b. Desa

  

Ustaz Soid b. Mohd Amin

  Ustaz Zulkifly b. Abdul Muthalib
  Ustazah Mardziah bt. Zakaria

Gerak kerja Program Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam Kumpulan Kedua juga telah ditetapkan seperti berikut :-


Taklimat (J/kuasa cawangan)27 / 2 / 2010
Pertemuan dengan AJK pusat13 / 3 / 2010
Majlis Perasmian28 / 3 / 2010

 

 

Pusat Rawatan Darussyifa' Malaysia

Laporan : Tokngah@blogspot.com

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah nak tunjukkan suasana disekitar Pusat Rawatan Darussyifa Bangi terutamanya pada hari Selasa. Tokngah pernah mendengar Tn. Guru Dr. Haron Din berkata, daripada dulu sampai sekarang hatinya tak tenteram melihat pesakit yang menunggu untuk dirawat olehnya. Macam mana nak tenteram kalau pukul 2 pagi sudah beratur untuk mendapatkan nombor. Kebetulan rumahnya pula bersebelahan dengan pusat rawatan. Pesakit yang dirawat olehnya hanya dihadkan selama 200 orang sahaja iaitu dari pukul 7.00-12.00 tengahari. Manakala selebihnya akan dirawat oleh AJK. Kalau nak dikira pengunjung pada hari tersebut ialah sekitar 800 orang. Mari kita lihat foto di bawah:

Beginilah keadaan ketika masuk waktu subuh. Pesakit begitu tekun untuk menunggu untuk mendapatkan nombor giliran.

Pesakit yang menunggu di kaunter depan Pusat Rawatan.

Biasanya sebelum memulakan rawatan Tn.Guru mendoakan dan meniup setiap air yang diletakkan di atas meja. Sekurang-kurangnya pesakit yang tak dapat berjumpa dengannya berpuas hati kerana air yang dibawa telah didoakan sendiri oleh Tn. Guru.

Di sinilah tempat Tn. Guru merawat pada setiap hari Selasa.

Kelihatan Tn. Guru sedang merawat pesakit.

Inilah bilik ICU di Pusat Rawatan Darussyifa'. Biasanya pesakit yang mandrem (mengamuk) akan diletakkan di sini sebelum dirawat oleh Tn. Guru. Lagipun bilik ini kedap bunyi. Nak menjerit sekuat mana pun tak apa. Kelihatan tilam diletakkan di tepi dinding. Bukannya apa.. takut pesakit ini menghentakkan kepala kat dinding. Masa tu bukannya pesakit sedar semuanya dirasuk oleh makhluk halus.

Kelihatan Tn. Guru menyampaikan kuliah perubatan kepada pelajar-pelajar Darussyifa. Di sinilah kadang-kadang tokngah mendengar pesanan dan amanah yang disampaikan oleh Tn. Guru.

Kami perawat juga ada membawa air dalam majlis tersebut untuk didoakan oleh Tn. Guru. Air ini adalah untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Akhir sekali tokngah nak berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan perawat supaya sentiasa ingat pesanan Tn. Guru iaitu sentiasa ikhlas dalam merawat setiap pesakit.Itulah senjata utama setiap perawat. Tn. Guru berkata bila kita merawat secara ikhlas cahaya putih akan mengalir dalam hati kita. Sebab itulah kalau kita perasan makhluk halus tak berani nak lihat muka kita kerana dia tak dapat nak lihat cahaya berkilauan di hati kita.Itulah senjata utama sebagai perawat. Insyaallah. Wallahua'lam